Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi pekertinya tidak terkira
bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji disimpan di perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat
jangan mati anak
melayu di tanah semanjung luas maknanya
jawa itu melayu, bugis itu melayu
banjar juga disebut melayu
minangkabau memang melayu
keturunan aceh adalah melayu
jakun dan sakai asli melayu
arab dan pakistani semua melayu
mama...
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi pekertinya tidak terkira
bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji disimpan di perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat
jangan mati anak
melayu di tanah semanjung luas maknanya
jawa itu melayu, bugis itu melayu
banjar juga disebut melayu
minangkabau memang melayu
keturunan aceh adalah melayu
jakun dan sakai asli melayu
arab dan pakistani semua melayu
mamak dan malbari serap ke melayu
malah mualaf bertarif melayu
dalam sejarahnya
melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilnangan
melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara
melanya melayu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mnecapai timba
berbuahlah pisang tiga kali
melayu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara melayu, menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
watak melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari ke lubang cacing
tak dapat tanduk telinga di jinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan
berdamai cara melayu indah sekali
silatulrahim hati yang murni
madah diungkap sentiasa disahut
tangan dihulur sentiasa bersambut
luka pun tidaklah lagi berparut
baiknya hati melayu itu tidak terbandingan
segala yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan
dagang lalu nasi ditankkan
suami pulang lapar tak makan
kera dihutan disusukan
anak di pangkuan mati kebuluran
bagaimanakah melayu
di abad dua puluh Satu
masihkah tunduk tersipu-sipu
jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan
jangan segan menentang larangan
jika yakin kepada kebenaran
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan
jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara merdeka
Hasil nukilan: Dato' Dr. Usman Awang
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]