Allah yang Maha menduga, yang menduga manusia tentang iman, yang menduga manusia tentang kesetiaan, yang menduga manusia tentang ketabahan dan kesabaran. Ringankan dugaan ini, sesungguhnya kami adalah dari hambamu yang lemah. Tunjukkan jalan penyelesaian, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Petunjuk. Tenangkan hati kami, sesungguhnya manusia itu sentiasa tergesa-gesa. Jauhkanlah kami dari syaitan yang direjami, kerana syaitan itu datang dari berbagai-bagai bentuk. Suburkanlah cinta kami, kerana kam...
Allah yang Maha menduga, yang menduga manusia tentang iman, yang menduga manusia tentang kesetiaan, yang menduga manusia tentang ketabahan dan kesabaran. Ringankan dugaan ini, sesungguhnya kami adalah dari hambamu yang lemah. Tunjukkan jalan penyelesaian, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Petunjuk. Tenangkan hati kami, sesungguhnya manusia itu sentiasa tergesa-gesa. Jauhkanlah kami dari syaitan yang direjami, kerana syaitan itu datang dari berbagai-bagai bentuk. Suburkanlah cinta kami, kerana kami lebih mengasihiMu dan kepada Engkau ya Allah kami berserah segala-galanya.
Kerana Engkau kami mengalirkan air mata, demi Engkau kami bersabar, dari Engkau kami berharap dan dengan engkau kami berlindungi. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Pengasihan lagi Penyayang.
Ameen.
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]
..."RenTaK penDeKaR laNgKah sAtRiA"...