Assalamu'alaikum ..
Sememangnya orang ekonomi orang Melayu di peringkat ketiga kalau dibandingkan dengan bangsa lain di Malaysia ini. Namun tidak dinafikan sememangnya wujud di kalangan Melayu usahawan ataupun mereka yang mempunyai semangat keusahawanan tetapi mungkin kekurangan modal.
Bayangkan, sekiranya anda adalah usahawan dan diberi sejumlah wang besar, mungkin sekitar 100 ribu. Apakah perkara pertama yang anda fikirkan untuk dilakukan ? Adakah anda akan bersuka ria dengan wang terseb...
Assalamu'alaikum ..
Sememangnya orang ekonomi orang Melayu di peringkat ketiga kalau dibandingkan dengan bangsa lain di Malaysia ini. Namun tidak dinafikan sememangnya wujud di kalangan Melayu usahawan ataupun mereka yang mempunyai semangat keusahawanan tetapi mungkin kekurangan modal.
Bayangkan, sekiranya anda adalah usahawan dan diberi sejumlah wang besar, mungkin sekitar 100 ribu. Apakah perkara pertama yang anda fikirkan untuk dilakukan ? Adakah anda akan bersuka ria dengan wang tersebut, atau anda akan membina perniagaan dengan wang tersebut atau mungkin anda ingin menggunakan wang tersebut untuk membantu orang lain, sebagaimana anda mendapat bantuan.
Pada saya, nescayanya pun ada yang ingin memberi 100 ribu pada saya, mungkin saya akan tolak. Saya lebih suka sekiranya saya diberi peluang perniagaan yang bernilai 100 ribu dari mendapat 100 ribu secara percuma, secara bantuan.
Dari situ mungkin kita lebih selesa untuk berbelanja, membalas jasa ayah bonda, bayar zakat dan seterusnya meluaskan lagi perniagaan supaya wang tersebut akan membuahkan lagi jumlah yang lebih banyak.
Namun, jangan dilupa, anda telah dibantu, apabila telah berjaya jangan lupa bantu mereka yang lain. Carilah rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kebolehan, individu seperti anda dahulu, dan bantu mereka. Berilah peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan dan susah sekiranya anda telah mampu. Sesungguh yang baik anda dibalas baik.
Dengan cara ini bangsa Melayu boleh memajukan diri tanpa terikat dengan bantuan dari kerajaan, mungkin lebih maju dari bangsa lain. Ini adalah kerana Melayu mempunyai kelebihan dan hak-hak tertentu yang tiada pada bangsa lain di Malaysia.
So .. think about it .. what would you do ?
p/s : Lepas tu pakcik akan pergi kat ujung-ujung kampung .. cari anak-anak gadis yang baru grad sekolah pondok .. ..yang susah ... tolong mak bapak dorang .... lama-lama boleh buat bini .. Kira tolong ler jugak tu ..
Pendapat yang baik dari Allah swt. dan yang sebaliknya adalah dari kelemahan diri ini.[uhuk .. uhuk ..]
~yg hitam harus dijauhi...jgn disimpan dalam hati..putihkan jiwamu dgn kasih suci~