Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 82:-
“Apabila telah kami putuskan suatu siksaan atau mereka itu, kami turunkan
Daabatul-Ardi binatang merangkak dari bumi dan berbicara mengatakan bahawa
manusia itu tidak yakin tanda-tanda kebesaran kami. Demikianlah Tuhan
menerangkan tentang Daabat Ardi, dikatakan juga bahawa panjang tubuh
binatang itu ialah 60 hasta, ertinya tubuh binatang itu tinggi besar siapa
melihat pasti ketakutan. Di antara keajaibann ialah ia dapat berkata seperti
manusia. Kerana di masa itu manusia masih lagi tidak mahu beriman dengan
Allah s.w.t., sedangkan dunia akan kiamat.
Tegasnya keluarnya Daabatul-Ardi adalah sebagai tanda kiamat Makhluk ini
luar biasa besarnya dan amat menakjudkan, di mana dia mempunyai dua sayap,
empat kaki bentuk badannya seperti himar, bentuk kepalanya seperti kepala
sapi dengan dua tanduk dikepala, matanya seperti mata babi, telinga seperti
telinga unta bulunya halus seperti bulu harimau, belangnya seperti jalur
harimau, sayapnya seperti sayap kelawar manakala ekornya seperti ekor kibas.
Umumnya Daabatul-Ardi adalah suatu binatang ajaib yang belum pernah Tuhan
jadikan pada masa dahulu. Ia juga dapat berjalan dan berdiri seperti
manusia. la memegang sebatang tongkat dan sebentuk cincin, setengah ulama
berpendapat bahawa tongkat itu ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin itu
pula adalah cincin Nabi Sulaiman a.s.
Menjelang kiamat nanti makhluk ini akan keluar pada malam jumaat. Malam itu
dia mula berkeliaran. Pada mulanya orang tidak percaya masakan ada makhluk
seperti itu wujud. Setelah siang hari barulah jelas yang makhluk itu
kelihatan besar bukan kepalang dapat berlari dan dapat terbang mengejar
mangsanya. Orang-orang dikala itu tidak berani keluar rumah takut
dibinasakan.
Setiap manusia yang dia nampak ditangkapnya dan dipegang seperti memegang
anak patung, tapi bukan untuk memakan manusia tersebut tetapi ia berbicara
dengan manusia "Mengapakah kamu insan tidak mahu beriman dan yakin kepada
Allah, padahal tanda-tanda kekuasaan Allah telah nyata dan terbukti di
hadapan mata. Aku datang bukan untuk memakan daging manusia. Atas nama Tuhan
memberikan padaku kekuasaan untuk membezakan siapa mu'min pada hari ini dan
siapa kafir. Kamu semua tidak perlu takut padaku, kata Daabatul-Ardi.
Diceritakan juga bila seseorang itu ditangkap digosok mukanya dengan cincin
Nabi Sulaiman itu. Jika ia Muslim yang soleh maka dengan kudrat Allah akan
memancarlah cahaya yang bersinar-sinar dari mukanya. Akan tetapi bagi orang
kafir serta orang yang engkar kepada Allah atau munafik, lalu ditangkapnya
jika dilihatnya tidak ada tanda iman padanya, lalu diketuknya kepala orang
itu leburlah dia seketika itu juga warna muka orang itu akan berubah menjadi
hitam legam dan buruk kelihatannya.
Makhluk Daabatul-Ardi ini mengembara di muka bumi di dalam menjalankan
tugasnya selama lebih kurang sebulan sepuluh hari. Begitulah serba ringkas
kisah Daabatul-Ardi iaitu sejenis makhluk yang akan keluar apabila menjelang
tanda kiamat besar nanti. Setelah datangnya DaabatulArdi manusia
menjadi'panik. Di mana-mana saja orang membicarakan tentang Daabatul-Ardi.
Tiba-tiba seluruh penduduk dunia menjadi terperanjat, hati mercka menjadi
kecut disana sini bumi mula bergegar dan bergoncang perlahan-lahan diiringi
dengan suara gemuruh bergegar-gegar, dari kecil-kecilan schingga makin-lama
makin terasa bumi ini bergegar akibat letusan gunung sehinggakan bumi ini
bergoyang.
Firman Allah:-
“Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke
bumi, gunung-gunung bergerak-gerak, unta-unta bunting ditinggalkan.
Binatang-binatang berkumpul, laut menganas. Bila roh disatukan,anak-anak
perempuan yang di kubur hidup-hidup di soal. Apakah dosa mereka hingga
mereka di bunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan,
langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak di tempatnya). Neraka mula
di nyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah
amalan yang telah mereka kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik perhatianmu
kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta berlindung.
Demi malam bila telah hampir tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya
semua itu adalah berkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan di sisi
Arasy yang tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai. "
(surah AI-Takwir.- Ayat 1-21)
Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita
bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang bergururan jatuh
ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh
kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut
bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa
mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban sawah-ladang dipenuhi lahar dan
lumpur panas yang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung
berapi. Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta
manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar.
Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang di susuinya. Manakala
orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan
manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu
kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai.
Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa mereka.
Sana-sini kedengaran suara jeritan niinta pertolongan dan suara merintih.
Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gfla kerana ketakutan.
Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab bencana akan kiamat.
Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun
bangunan berdiri tegak melainkan semuanya hancur. Gunung-gunung terus
memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Di masa itu tidak ada lagi
perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari
yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita.
Ketika manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak
habishabis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya di angkasa
jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi.
Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan. Pada masa itu
panas permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering.
Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, angin itu
menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada saat genting itu
malaikat Israfil meniup sangkakalanya.
Apabila dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah
dunia bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang.
Firman Allah;
“Di hari itu diganti bumi dengan bumi lain dan langit diganti dengan langit
lain. Mereka umat manusia akan dipanggil menghadap ke hadrat Tuhan. "
(Surah Ibrahim ayat.. 48)
Setelah bumi berganti rupa maka seluruh muka burni tidak ada lagi kerajaan
manusia, di mana kesemuanya telah musnah menjadi tanah. Muka bumi menjadi
sunyi sepi seperti mati.
Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia
"padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan
membasahi bumi, airnya kental seperti air mani. Kemudian air itu meresap ke
dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah
hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.
Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis
yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar
biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai
bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia serta jin. Allah
juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka
untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut
mencari iblis. Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat-kuatnya, iblis
meraung-raung menahan kesakitan. Oleh kerana pukulan kedua-dua Malaikat itu
terlalu kuat, maka iblis terus pengsan.
Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis "Hai
laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan
untuk mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan
padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin yang telah engkau
perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia
serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka,
supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang p
edih sesuai dengan perbuatanmu.
Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik
berada di sisinya sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat
dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua
Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis terlari dengan
lajunya menuju kearah Timur, tiba-tiba muncul Malaikat lzrail dihadapannya.
Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail.
Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia berlari ke
Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik
telah terpacak berdiri dihadapannya.
Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis: "Hai iblis durjana, sekarang
larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya.
Larilah kemana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang
sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit
yang ke tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk
kamu hidup."
Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail "Ya lzrail berilah aku peluang
untuk pergi ke kubur Adam. Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur
Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu. Kata iblis, "Hai Adam, kerana
kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab kamulah aku jadi terkutuk."
Sejurus kemudian iblis berkata: "Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan
mencabut nyawa aku". Kata lzrail: "Telah aku katakan, engkau akan merasakan
sekarang maut yang luar biasa." Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail
itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan
dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis dengan rantai
yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan kakinya di
belenggu dengan rantai-rantai yang teguh.
Malaikat lzrail berkata: "Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis." Lalu
Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan
rantai pengikat badan iblis itu bagaikan nak putus. Terdengarlah pekikan
yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling
dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini. Seketika
kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut
umat manusia supaya melakukan perbuatanperbuatan mungkar.
Kumencari ku menanti
Penawar gusar hati
Agar bisa ku berlari
Mengejar realiti ;)