Razak baru saja selesai menyiapkam paper work untuk satu tugasan yang
penting pada keesokan harinya. Dia tidak sedar yang jam sudah
menunjukkan
pukul 12 malam. Lekas-lekas dia menyusun kembali fail-fail yang
berterabur
di atas meja.
Sebenarnya dia berada di tingkat 13 bangunan menara. Suasana sungguh
sunyi
dan sejuk. Razak terasa agak seram ketika melalui bilik-bilik yang
gelap
disekelilingnya. Langkahnya dipercepatkan untuk sampai ke lif. Peluh
dingin
memercik di dahi. Dia ter...
Razak baru saja selesai menyiapkam paper work untuk satu tugasan yang
penting pada keesokan harinya. Dia tidak sedar yang jam sudah
menunjukkan
pukul 12 malam. Lekas-lekas dia menyusun kembali fail-fail yang
berterabur
di atas meja.
Sebenarnya dia berada di tingkat 13 bangunan menara. Suasana sungguh
sunyi
dan sejuk. Razak terasa agak seram ketika melalui bilik-bilik yang
gelap
disekelilingnya. Langkahnya dipercepatkan untuk sampai ke lif. Peluh
dingin
memercik di dahi. Dia teringatkan cerita-cerita seram yang pernah
didengar
dari teman-temannya.
Mengikut cerita yang didengarnya, seorang staff yang berkerja lewat
malam
telah dimasukkan ke hospital selama seminggu kerana terkejut. Mengikut
cerita itu lagi, lif yang dinaiki staff itu telah tiba-tiba berhenti di
tingkat 4, padahal tiada sesiapa lagi yang berada di situ kerana
setahunya
tiada staff lain yang bertugas pada waktu itu. Kemudian seorang
perempuan
masuk dan apabila pintu lif tertutup, tiba-tiba lampu lif terpadam
diikuti
dengan bau yang sangat busuk. Bila lampu lif terbuka, dilihatnya
perempuan
tadi menyeringai dengan wajah yang hodoh dan taring yang panjang sedang
mengilai-ngilai. Serta merta staff itu pengsan disitu dan dijumpai pada
pagi
esoknya oleh tukang sapu.
Razak cepat-cepat menekan butang lif. Dia tidak mahu berada lama
disitu.
Pintu lif terbuka, dengan segera dia masuk dan menutup pintu lif.
Kedinginan
membuat tubuh Razak menggigil. Lif menurun dengan perlahan dari tingkat
ke
13, kemudian 12, 11, 10 dan seterusnya. Matanya tak lekang dari melihat
pada
no tingkat yang semakin menurun. Tetiba lif berhenti di tingkat 4.
Wajah
Razak pucat lesi, kali ini dia benar2 menyesal kerana bekerja lewat
malam.
Kini kejadian yang menimpa staff itu akan kena padanya pula. Kakinya
menggigil kuat.
Pintu lif terbuka. Seorang perempuan yang menundukkan kepala masuk.
Razak
sesak nafas, degup jantungnya benar2 kencang. Tetiba lampu lif terpadam
kemudian diikuti dengan bau yang amat busuk. Razak sudah tidak tahan,
kencingnya yang di tahan2 dari tadi telah membasahkan sebahagian dari
seluarnya. Mulutnya kaku, dia tidak dapat membayangkan rupa mahluk yang
akan
di hadapinya sebentar lagi. Tetiba lampu lif terbuka. Kemudian
perempuan
yang menunduk itu berpaling. Razak kejang, dia sudah benar2 lemah dan
tidak
berdaya.
"Maaf, saya terkentut tadi" kata perempuan itu.
Razak pengsan bersama ketakutan yang hanya dia saja boleh merasakannya.
TAMAT
~yg hitam harus dijauhi...jgn disimpan dalam hati..putihkan jiwamu dgn kasih suci~
mungkinkah esok ada mentari..apakah secerah hari ini...harap begitulah..dan moga mudahlah perjalanan hidupku..