Alkisahnya...ada sebuah kisah yg dikisahkan oleh seorang sahabat .Terkisahlah sebuah cerita,ceritanya begini...Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara.Tibalah masanya dia pulang ke tanah air tercinta.Dengan ilmu eropah yg dikautnya..timbullah sedikit ego dan kebanggaan pada dirinya ditambah sedikit kejahilannya tentang hal agama.
Dalam otak kepalanya sudah lama tersimpan 3 persoalan yang dianggapnya tiada sesiapapun yang dapat menjawab.Satu hari..beliau bertemu dengan seorang ima...
Alkisahnya...ada sebuah kisah yg dikisahkan oleh seorang sahabat .Terkisahlah sebuah cerita,ceritanya begini...Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negara.Tibalah masanya dia pulang ke tanah air tercinta.Dengan ilmu eropah yg dikautnya..timbullah sedikit ego dan kebanggaan pada dirinya ditambah sedikit kejahilannya tentang hal agama.
Dalam otak kepalanya sudah lama tersimpan 3 persoalan yang dianggapnya tiada sesiapapun yang dapat menjawab.Satu hari..beliau bertemu dengan seorang imam tua di kampungnya lalu..berkeinginlah dia untuk menguji imam tersebut.
PEMUDA :Bolehkah Pak Imam menjawab persoalan saya..??
Pak Imam :Saya hamba Allah yang dhoif,dengan kemampuan ilmu yang ada saya cuba menjawab.
PEMUDA :Saya ada 3 persoalan..
pertamanya..Jika benar Tuhan itu ada,tunjukkan wujudnya Tuhan itu kepada saya.
keduanya..Apakah yang dinamakan taqdir..??
ketiganya..kalau syaitan diciptakan drpd api,kenapa mereka dimasukkan ke dlm neraka yg juga diciptakan dari api.Tentu tdk menyakitkan sbb mereka memiliki unsur yg sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir begitu??
Dengan sepontan..Pak Imam tersebut "menampar" pipi pemuda itu dengan amat kuat..
Pemuda : (sambil menahan sakit)Kenapa Imam marah kepada saya..??!!
Pak Imam :saya tak marah..tamparan saya tadi adalah jawapan untuk persoalan awak tadi..
Pemuda :saya benar-benar tak faham..??!!
Pak Imam : bagaimana tamparan saya tadi..??
Pemuda :tentunya saya merasa sakit dan pedih..!!
Pak Imam :jadi..awak percaya "sakit" itu ada..??
Pemuda :ya!!
Pak Imam :tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu..atau bagaimana rupanya..??
Pemuda :tak boleh..saya tak tahu nak tunjukkanya..??
Pak Imam :itulah pertama pada pertanyaan awak.kita semua merasai wujudnya Allah SWT tanpa mampu melihatnya..Benda sekecil "sakit"pun kita tak dapat melihatnya,apatah lagi pencipta sakit itu Yang Maha Kuasa.
sambung pak imam lagi..
Pak Imam : adakah smlm awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak..??
pemuda :Tentulah tidak..
Pak Imam : apakah awak pernah berpikir akan menerima tamparan dari saya..??
Pemuda : Takk jugaa..!!
Pak Imam : itulah dinamakan "takdir"...Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan utk menampar awak ini..??
Pemuda : dari kulit dan daging..
pak Imam : terbuat dari apakah pipi awak itu..??
Pemuda : kulit dan daging juga..
Pak Imam :bagaimana rasanya tamparan saya tadi..??
Pemuda :rasa sakit dan pedih..!!??
Pak Imam : itulah jawapannya..walaupun syaitan diciptakan dari api dan neraka juga dari api..jika kehendaknya Yang Maha Kuasa ..maka neraka akan menjadi tempat yg "pedih" dan "menyakitkan" bagi syaitan..walaupun dicipta dari unsur yang sama..
Pemuda :MASYA ALLAH..ALLAHU AKBAR..(katanya penuh keinsafan..)
moral: jadilah seorang berilmu yg alim bukan org berilmu yg jahil..
sifat keayuan bukan lahir dari perwatakkan kita tapi dari keikhlasan kita ketika berbicara....