696
696
23 years
1099 views

macam mana nak tahu org tu sayang kat kita

memang org tu amik berat tentang kiter...tapi kadang kala dia tu macam tak kisah hal kita,,,tapi selau gak wish sayang dan rindu kat kita....dia tu betul2 ke sayang kat kita

20 comments
Share this post

Comments (20)
Nahzahani
TIPS MENGEKALKAN SEBUAH PERSAHABATAN

Saling Memberi Kebebasan

Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.



Saling Menahan Rasa Cemburu

Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...



Saling Memahami

Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.



Saling Mengalah

Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.



Saling Memberi Kemaafan

Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri.

Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
Nahzahani
kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.



"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
Nahzahani
INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?



"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
Nahzahani
hem...pendapat ku lahir dari pengalaman dan pembacaan......maaf jika tersilap....

sayang mmg mudah diungkapkan tapi sukar diterima dan dimengertikan...

"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
nuhann
ceh..nahza jadik dr jiwang lak..

mungkinkah esok ada mentari..apakah secerah hari ini...harap begitulah..dan moga mudahlah perjalanan hidupku..
23 years
1276
ye la tu..btul gak tu nahza....
23 years
Nahzahani
pilihan yang tepat bukan datang dari pandangan mata...tapi dari lubuk hati yang dalam ....

berkawan adalah langkah tepat untuk memulakan sebuah ikatan.....

"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
Nahzahani
isk..ko nie sham....

hem tanda sayang tidak terlihat pada zahir sebenarnya.....

contoh nya...mak kita dier sayang kita tapi dirotang gak...tak lah kena berkepit ngan mak tanda sayang ngan dier 24 jam...

so kesimpulan nya jangan harapkan orang sayang kat kita kalau kita sendiri tak mampu untuk menyayangi orang lain sepenuh hati....so "sayang" adalah kosa kata yang luas makna nyer.....

"
di mana kan ku cari ganti...serupa dengan mu.......tak sanggup ku menahan derita yang kita...lalui....
"
23 years
696
tq kengkawan bagi pendapat....sebenarnyerr saya keliru yang man asatu...ada dua insan dalam hidup saya skg ni yang sorang dah lama dari kawan sampai ke terjatuh hati...dan yang sorang ni kenal je terus jatu hati...dan yang sorang ni mula2 saya takde hati pun tapi tak sampai hati nak melukakan...pastulak dah dier asyik mengayat saya pun terada hati...nak buat macam mana...tapi yang pasti saya suka sorang je...yang mula kawan dulu tuuu so nak buat cammne ehh`
23 years
1276
kalo sham la....sham bagi jer ...pas tu...sham peluk dier...!!!!tu la tanda sham sayang....heheheheh....
23 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.