Assalamu'alaikum saudara2ku sekalian....
Satu kisah manusia hebat....
Khalifah Umar Abd.Aziz adalah seorang khalifah yang paling zuhud, warak
dan soleh selepas 4 khulafa-ur-rasyidin. Beliau memerintah negara Islam
selama 2 tahun 5 bulan sahaja dan wafat pada umur 39 tahun (diracun oleh
pembesar2 Bani Umaiyyah).
Suatu hari Khalifah Umar Abd.Aziz teringin memakan buah epal, tetapi
tidak mempunyai wang utk.membelinya.(semua hartanya dan harta keluarga
telah beliau berikan kepada B...

telah beliau berikan kepada Baitumal ketika menjadi khalifah).
Lalu ada seseorang dari kaum keluarganya menghadiahkan buah epal dan
dihidangkan kepada Khalifah Umar oleh Amru bin Muhajir.
Tiba-tiba beliau(Umar) berkata :"Alangkah wangi dan bagusnya epal
ini. Wahai ghulam(pembantu rumah) angkat epal ini dan pulangkan kepada orang
yg. membawanya. Sampaikan salam kepadanya, sesungguhnya hadiahnya telah
sampai kepada ku(Umar) ketika aku sudah tiada selera utk.makan epal".
Amru bin Muhajir tahu bahawa Khalifah bertindak demikian kerana
waraknya. "Wahai Amirul Mukminin! Dia adalah sepupumu dan masih ahli
keluargamu, sedang engkau telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. mahu
menerima hadiah," kata Amru.
"Celaka engkau, sesungguhnya hadiah itu bagi Rasulullah s.a.w. memang
hadiah. Akan tetapi hadiah pada hari ini bagi kami adalah merupakan rasuah,"
kata Khalifah Umar.
- Yang paling saya takut atas umat ini ialah orang munafiq yang berilmu - Umar Al Khattab -
Maaf.. Tak tau kenapa ada byk yg appear ni.. mungkin tersend 2-3 kali kot.. maaf...
- Yang paling saya takut atas umat ini ialah orang munafiq yang berilmu - Umar Al Khattab -