HIbnu Yunus
399 ijrah / 1009 Masihi
Kelahiran dan riwayat hidup beliau:
-
Beliau ialah Abu Al-Hasan Ali bin Abdul Rahman bin Ahmad bin Yunus bin Abdul A'la.
-
Beliau dilahirkan di Mesir di dalam sebuah keluarga yang terkenal dengan ilmu. Moyang beliau, Yunus adalah merupakan salah seorang dari sahabat Imam Syafie rahimahullah manakala bapa beliau pula adalah merupakan salah seorang ahli sejarah dan ulama yang terkemuka di Mesir.
-
Ibnu Yunus mula menimba ilmu sejak kecil dan beliau dapa...
HIbnu Yunus
399 ijrah / 1009 Masihi
Kelahiran dan riwayat hidup beliau:
-
Beliau ialah Abu Al-Hasan Ali bin Abdul Rahman bin Ahmad bin Yunus bin Abdul A'la.
-
Beliau dilahirkan di Mesir di dalam sebuah keluarga yang terkenal dengan ilmu. Moyang beliau, Yunus adalah merupakan salah seorang dari sahabat Imam Syafie rahimahullah manakala bapa beliau pula adalah merupakan salah seorang ahli sejarah dan ulama yang terkemuka di Mesir.
-
Ibnu Yunus mula menimba ilmu sejak kecil dan beliau dapat menguasai ilmu falak dengan baik. Lalu Al-Aziz Billah Al-Fatimi dan anaknya Al-Hakim Bi Amrillah memberi dorongan kepada beliau supaya membuat kajian di dalam ilmu falak dan matematik. Kemudian mereka membina sebuah pusat peneropong falak di kawasan berbatu di puncak bukit Muqattam berhampiran dengan bandar Kaherah. Mereka melengkapkannya dengan peralatan dan kelengkapan yang terbaik untuk membuat peneropongan.
-
Ibnu Yunus telah berjaya meneropong kejadian gerhana matahari dan bulan pada tahun 368 Hijrah / 978 Masihi.
-
Di samping itu, Ibnu Yunus juga telah mendapat keputusan yang sama sebagaimana yang didapati oleh ahli-ahli falak Baghdad di pusat kajian falak mereka. Hasil peneropongan beliau adalah merupakan catatan hasil peneropongan pertama yang dikodifikasikan dengan menggunakan pemerincian ilmu serta mempunyai nota kaki. Oleh sebab itulah hasil peneropongan beliau sering digunakan sebagai bahan rujukan oleh orang-orang yang datang selepas beliau.
Pencapaian penting beliau:
-
Meneropong kejadian gerhana matahari bagi tahun (368 Hijrah / 977 Masihi) dan tahun (369 Hijrah / 978 Masihi). Kedua-dua gerhana tersebut adalah merupakan dua gerhana pertama yang berjaya dicatat secara paling terperinci dan penuh ilmiah.
-
Membuktikan bahawa pergerakan bulan semakin bertambah cepat.
-
Membetulkan kedudukan kecondongan garisan zodiak dan sudut perbezaan pandangan mata ketika melihat matahari serta mengambil inisiatif di dalam persoalan ekuinoks.
-
Menyelesaikan pelbagai masalah yang rumit di dalam ilmu falak astrometri.
-
Orang pertama yang memikirkan formula penyelesaian kiraan algebra seperti (x + y)(x - y) yang akhirnya menjadi formula yang paling mudah sehingga tidak lagi memerlukan formula punca ganda dua yang menjadikan kiraan semakin susah.
-
Turut serta mengasingkan ilmu trigonometri daripada ilmu falak.
-
Mewujudkan jadual tangen dan kontangen.
-
Menemui teknik baru yang memudahkan lagi untuk melakukan semua proses pengiraan.
-
Pencapaian terpenting beliau secara mutlak ialah ciptaan beliau tentang buah bandul jam.
- Ibnu Yunus menghabiskan usia beliau di dalam membuat kajian tentang pergerakan bintang serta meneropongnya.
Ibnu Yunus meninggalkan beberapa buah karangan di dalam ilmu falak dan matematik, terutamanya: