Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah
mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk
oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang
lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud
hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu
kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan
kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan ...
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah
mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk
oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang
lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud
hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu
kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan
kepada pengemis ini?"
Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada
suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk
dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak
peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku
perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi
dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya
(yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang.
Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang
pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu
berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah aku memberikan
sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu
isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan
perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada
pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata
dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai =
suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan
hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia
adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula
bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? =
Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"
Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu
kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita,
terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
(: CinTaKaN ALLAH TiaDa KeCeWa..
Islam Pasti Akan Tertegak... Takbir!!!
JaGa DiRi BaIk=B2 HiAsi PekeRtI DeNgan AhLaK YaNg MuRNi...
HaIYa BiJIHaD...