Mendapat Keseronokan Bekerja
Oleh DATUK MAZNAH HAMID
Apabila kita menyebut keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang berasa pelik atau lucu, bagaimanakah kita boleh seronok dengan kerja? Berapa ramaikah orang yang sukakan kerjanya?
Suka ataupun tidak, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja. Kita mesti bekerja walau dengan siapa, kerja apa dan di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga kerana itu adalah tanggungjawab kita.
Bayangkanlah bagaimanakah keadaan hidup ki...
Mendapat Keseronokan Bekerja
Oleh DATUK MAZNAH HAMID
Apabila kita menyebut keseronokan bekerja, mungkin sesetengah orang berasa pelik atau lucu, bagaimanakah kita boleh seronok dengan kerja? Berapa ramaikah orang yang sukakan kerjanya?
Suka ataupun tidak, sebahagian hidup kita dihabiskan di tempat kerja. Kita mesti bekerja walau dengan siapa, kerja apa dan di mana sahaja untuk menyara hidup kita dan keluarga kerana itu adalah tanggungjawab kita.
Bayangkanlah bagaimanakah keadaan hidup kita sekiranya kita tidak suka dengan kerja kita.
Sekiranya ini berlaku, ini bermakna kita terpaksa mengheret diri ke tempat kerja dan menghabiskan sebahagian besar kehidupan dengan penuh rasa bosan, malas, dan bersungut sepanjang hari. Apabila jam menunjukkan pukul 5.00 petang barulah kita akan cergas semula, boleh tersenyum dan bersemangat untuk 'pulang ke rumah!' Begitulah keadaannya orang yang tidak suka dan tidak berminat dengan apa yang dilakukannya tetapi terpaksa bekerja untuk menyara hidup dan keluarganya!
Apakah mungkin kita gabungkan antara kecemerlangan, kualiti, dan produktiviti dengan keseronokan bekerja?
Tidak bolehkah agaknya kita meningkat maju atau naik dengan cara menyukai kerja kita sendiri, meninggikan keupayaan dan minat untuk kita menyukai serta mengemari apa yang kita lakukan?
Apabila diberi sesuatu tugasannya, dia merasa bangga dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas, walaupun orang lain tidak sanggup hendak mengerjakannya. Sentiasa menjadikan matlamat jabatan sebagai matlamat dirinya sendiri. Dia sentiasa berusaha bersama bosnya untuk mencapai matlamat tersebut,
tidak kira berapa besarnya halangan dan cabaran yang harus ditempuhinya.
Sentiasa bersifat, jujur dan amanah, bersikap terbuka, disenangi dengan rakan sekerja, bijak berkomunikasi, mempunyai personaliti yang menarik dan berakhlak mulia keperibadiannya.
Itulah ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada diri orang yang sentiasa menjadi rebutan majikan.
Moto kita ialah, ganjaran hidup akan mencerminkan perkhidmatan kita yang sebenarnya terhadap masyarakat. Ingat! Kunci kecemerlangan kerjaya ialah keseronokan bekerja.
~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~