hai, saya tasya diana.call me diana je.diana ni melayu campur cina.my farther chinese and my mother is malay.diana suka makan laksa penang atau ape-ape jenis laksa lah.minum pulak diana suka fresh orange.hobi diana pulak baca buku citer,menghayati keindahan alam sekeliling dan macam-macam lagi yang berfaedah.cita-cita diana....nak jadi seorang peguam yang berjaya cam bapak diana.itu je lah.lagi satu....diana jadi member mymasjid ni coz diana nak tahu ape yang ade kat sini dan nak menambahkan ilmu yang sentiasa kurang ni.it means diana nak tambahkan ilmu diana lah.oklah itu je..as'kum
Bersama membina komuniti Muslim yang lebih dekat.
Temui ahli komuniti, kenali jiran setempat dan berhubung melalui masjid, forum serta aktiviti myMasjid.
Direktori Ahli
Kenali komuniti kita
Menunjukkan 289–306 daripada 323 ahli
KELAHIRAN pada jam 8:36 pagi, seorang wanita yang bernama kadariah din selamat melahirkan anak ketiganya pada january 12, 1986 di klinik puravi, klang. anak ketiganya itu ialah anak perempuan dan diberi nama nur diana adnan. itulah nana. hehehehehe... nama nana tue, ayah nana yang bagi. kemudian, pada penghujung tahun 1986, nana dan keluarga telah berangkat ke kota london kerana mengikut ayah menyambung pelajaran. kat sana, nana ngan family ada ah 2/3 kali pindah randah. nana pernah duduk manchester, liverpool, cardiff, london, paris dan ada ah yang nana dah lupa. 2 tahun kemudian, barulah nana ngan family nana kembali semula ke tanah air. NAMA TIMANGAN/PANGGILAN kat rumah, family nana panggil nana, deanna(ada loghat n9). kalau saudara mara belah ayah, diaorang panggil nana ah... belah mak plakk panggil deanna jugak. tapi adik² saudara nana yang kecik², panggil nana kak nina(pelat sikit). pastue plakk, jiran kat kampung tue panggil nana, lissa. kat sekolah plakk, sekarang nie kawan² nana panggil dd. yang terbaru plakk, diaorang panggil mama. ahaksxz... nana ngan member² nana ada main² buat family sendiri. so, nana jadi mak... diaorang panggilah nana nie mama. ehehehe... macam bebudak! kawan² along plakk ada yang panggil yanna, yann dan memacam lagiklah. ada jugak member irc nana yang panggil dina, ina, ana. tapi sekarang nana lebih senang dipanggil dengan panggilan adik tapi sesaja bahasa kan diri sebagai nana :) PENDIDIKAN 1)SEKOLAH BIASA nana mula bersekolah pada usia nana 5 tahun. memang kebiasannya orang mula sekolah masa umur 6 tahun, tapi nana nie tadika 2 tahun. sebabnya, nana boring duduk rumah. kat rumah, nana bukannya ader kawan. nak main ngan sapa? takkan nak main ngan abang² nana yang 2 orang tue. nana plak tak der kakak, adik yang lagik kecik pun tak der. jadik mak ngan ayah amik keputusan hantar nana ke sekolah tadika masa umur 5 tahun. tadika nana nie dekat jerk ngan umah nana. tetiap hari mak anto naik basikal . yelah... masa tue, mak baru jerk nak blaja memandu. ahaksxz... naik basikal jerk lah. apa yang nana tak leh lupa masa tadika nie... adalah masa hari pertama masuk tadika. hehehehehehe... malu plakk nak cerita. sebenarnya first day tadika, nana menangis+melalak+meraung. ehehehehehe... ala, biasa ah masa tue bebudak lagi. 2 tahun lepas tue, nana pun memasuki alam sekolah rendah. kalau tak silap nana, masa nana sekolah rendah, abang nana yang sulung(along) dah naik sekolah menengah manakala angah plakk masih sekolah rendah. kiranya, nana ngan angah sama sekolah lah. jadik, nana tak ah takut sangat masa sekolah rendah sebab angah ader. nana kira beruntung masuk sekolah tue, sebab ramai cikgu yang dah kenal ngan nana, sebab along ngan angah sekolah sana. sekolah tue pun dekat jerk ngan rumah nana. masa sekolah rendah, mak dah ada kereta, jadik mak lah yang hantar, mak lah yang jemput nana ke sekolah. kebetulan plakk mak tak keje, jadik senang ah sikit. masa sekolah rendah nie, tetiap tahun nana ada memegang jawatan. nana pernah jadi penolong ketua darjah(darjah 1 dan 3), ketua darjah(darjah 2), bendahari kelas(darjah 4), dan pengawas sekolah(darjah 5 dan 6). masa nana darjah 1 hingga darjah 4, nana memang popular. hal nie mungkin disebabkan prestasi pelajaran nana yang memang elok gak ah. tapi bila nana naik darjah 5, nana mula dikenali dengan gaya yang lain. masa tue, nana dah jadi pengawas sekolah, jadik ramai cikgu dah cap nana nie 'pengawas tyco'. sebabnya nana memang garang masa jadik pengawas dulu. masa darjah 6 lagik best sebab guru kelas nana tue, baik ngan angah. jadik sekaligus dia baik ngan nana sekali ah. disebabkan cikgu tu lah, bakat penulisan nana mula dikesan dan diasah. masa darjah 6, nana dikenali sebagai 'orang sastera'. hehehehehehe... kiranya nana nie terrer bab² penulisan ah. kalau bab menulis sajak, serahkan ajer pada nana. ahaksxz... bukan bangga diri tau, tapi realiti. kemudian, nana pun naik lah ke alam sekolah menengah yang penuh cabaran dan dugaan sekarang nie. naik sekolah menengah nie pun, nana masih lagik memegang beberapa jawatan. form 1 nana jadi pengawas pusat sumber. mula² tue, ingatkan nak apply jadik pengawas sekolah, tapi disebabkan keputusan upsr nana tak elok sangat, hasrat tue nana lupakan ajerk. pastue, nana naik form 2. masa form 2 nie, banyak gak jawatan yang nana pegang... nana jadik pengawas pusat sumber, bendahari kelas dan pengerusi kelab bimbingan dan kaunseling. ehehehe... best jugak pegang banyak jawatan, sebab bila majalah sekolah terbit, muka nana banyak keluar. ahaksxz... kira nak promote diri pada cikgu² lah. sekarang nie, nana berada di sekolah yang sama iaitu sek. men. keb. tengku ampuan rahimah, klang dalam tingkatan 3. form 3 nie, nasib tak menyebelahi nana sangat. disebabkan beberapa masalah dan nana agak bz skit, nana akhirnya terpaksa berhenti jadi pengawas pusat sumber. so, form 3 sekarang nie nana tak memegang sebarang jawatan. nana tak kesah ah sebab bila nana tak jadik pengawas pusat sumber nie, nana tak ler bz sangat. ada ah jugak masa nak berehat. 2)SEKOLAH AGAMA nana pun menerima pendidikan daripada sekolah agama. tapi nana masuk sekolah agama agak lewat iaitu masa nana darjah 2. maknanya, pagi ke sekolah biasa, petang ke sekolah agama atau pun sebaliknya. masa tue, kalau suruh nana menulis jawi, perghhhhh.......... memang nana tak reti. kiranya masa tue, pengetahuan nana tentang ilmu agama nie cetek sesangat. tapi sebenarnya masa tuh, nana tak berhasrat langsung nak masuk sekolah agama. kalau tak silap nana, masa tue nana ngan mak naik kereta, sajer jer lalu dekat sebuah sekolah agama dekat ngan rumah nana nie. kebetulan plakk, ada sepupu nana pun sekolah kat sana. kononnya sajer jer ah nak intai² sekolah tue. pastue, bila mak berhentikan kereta, ntah macam mana ntah, hati nana boleh tergerak untuk ajak mak pergi mendaftarkan diri. ehehehe... kalau tak silap nana, masa tue nana pakai seluar pendek jerk! bayangkan ajer lah, seorang budak perempuan yang hendak mendaftarkan diri ke sekolah agama hanya memakai t-shirt dan seluar pendek!!!... memang sungguh tak sopan. ahaksxz... itu cerita lama, lagik pun masa tuh nana budak² lagik, baru darjah 2 lah. nana masih ingat lagik masa nana isikan borang nak masuk sekolah agama tuh, ada seorang ustazah tue pandang serong kat nana. pastue, ustazah tue keluarkan sebuah buku dalam tulisan jawi dan suruh nana baca. perghh... tergamam jugak lah nana. mana tak nyer... nana mana lah reti baca jawi masa tuh. ustazah tue geleng kepala... pastu dia cakap, memandangkan nana nie lemah sangat, nana akan ditempatkan ke kelas tadika(sekolah agama tue menyediakan kelas dr tadika hingga ke darjah 6). sedih jugak ah nana sebab nana darjah 2, tapi kat sekolah agama nana dikira tadika. melampau sungguh. tapi nana tak kesah ah, nana belajar jerk. tengok² beberapa bulan lepas tue, nana dinaikkan ke kelas darjah 1. eheheheh... apa yang paling menggembirakan nana, lepas jerk masuk penggal kedua, nana dinaikkan lagik ke kelas darjah 2. maknanya masa tuh, sekolah biasa ngan sekolah agama dah sama. tapi apa yang sedihnya, nana belajar sekolah agama sampai darjah 5 ajer. sebabnya, masa darjah 6, jadual nana dah penuh ngan tuisyen. nak tak nak, nana terpaksa berhenti sekolah agama. terasa rugi jugak sebab kalau nana amik spra kat sekolah agama dulu, tentu sekarang nie nana boleh apply masuk sekolah menengah agama. tak kesah lah... benda dah lepas. apa² pun sekarang nie... mengaji ker, baca jawi ker... alhamdulillah, dah tak der masalah bagi nana lagik. tapi bahasa arab jangan tanya lah! SIKAP/PERANGAI bab nie lah yang paling susah nana nak terangkan. ye lah, kekadang tue nana nilai sikap nana lain, kawan² plak nilai sikap nana lain. jadi kesimpulannya, nana bagitahu apa yang ada persamaan yang lebih kurang lah. dulu, masa nana kecik², nana memang disenangi oleh mak ngan ayah. kira nana nie boleh menurut kata² mak ayah lah. dulu, nana jenis yang pendiam, tak banyak cakap. nana bergaul pun dengan kawan² yang sekaum dengan nana. maknanya nana jenis kurang bercakap dengan lelaki. tapi bila nana jadi pengawas sekolah masa sekolah rendah, nana cukup garang. nana rasa, ia mungkin disebabkan tekanan dari rumah. sejak tue lah, nana mula bersikap kasar walau dengan sesiapa pun. pernah jugak nana jadi tomboy, tapi tak lama lah. kesedaran tue datang apabila satu hari tue, nana gaduh ngan kawan nana... kira perang besar ah, pastu dia tengking nana supaya jadi perempuan yang sebenar, jangan berlagak seperti lelaki. tapi... kekadang tu, susah jugak nana nak kikis sikap kasar nie sebab nana sikit sebanyak telah diasuh dalam situasi yang agak tegas. tapi sekarang nie semuanya dah berubah. nana sekarang nie agak sosial sikit. maknanya nana dah bercampur dengan orang lain tapi walau apa pun, nana tahu batasan pergaulan. nana berubah pun sebab nana tak nak digelar sombong. pastue plakk, sikap nana yang pendiam dulu dah bertukar kepada seorang yang becok. yang terbaru plakk sekarang nie, kawan² nana kata nana nie kelakar dan mulut laser. ahaksxz... nana dengar pun nak tergelak. walau apa pun sikap nana nie, nana harap semua orang suka dengan nana dan tak der lah mana² pihak yang tersinggung dengan sikap nana nie. TREND/GAYA dulu, nana memang tak pandai bergaya. lagi pun, dulu nana jenis tak suka ikut peredaran zaman. sebab tue lah kalau dulu mak nak belikan baju untuk nana bukan main senang lagi, tapi sekarang nie... susah sikit. nana sekarang nie, ikut tue ikut lah jugak gaya atau fesyen terkini tapi tak derlah over sangat sebab nana nie bertudung. takkan lah nak pakai tudung dengan kain terbelah, kot! kan tak kena tuh?! kalau dulu nana jenis suka pakai yang simple atau pun pakaian tue jenis universel... lelaki atau perempuan boleh pakai, tapi sekarang nie lebih kepada pakaian ala ladies. kalau bab make up tue, ada ah sikit². itu pun kawan nana yang ajar. hehehehehe... sikit jerk. LATAR BELAKANG KELUARGA 1)AYAH ayah nana namanya adnan bujal. ayah nana bekerja sebagai pengurus kanan di klang port management. 2/3 tahun lagi, ayah pencen lerrr. eerrmm... ayah nana nie tak ler garang. berbanding dengan mak, ayah lagi best. ahaksxz... tapi baik² ayah pun, kalau tak dengar cakap dia, sekali dia mengamuk... adusss tak tahan. takut ooo... ayah nie, adik-beradiknya ramai. mana tak nyer... ada yang satu mak lain ayah, satu ayah lain mak, satu ayah satu mak dan memacam lagilah. tapi kalau yang rapat cuma ada 5 orang ajer. yang first dah meninggal, second mak ngah, pastu mak lang, pastue ayah nana dan last sekali mak su. saudara mara belah ayah, nana perhatikan semuanya pandai². kekadang tue, takut gak nana nak campur. atoq ngan nenek belah ayah dah tak ada dah. nana pernah jumpa atok jerk... nenek plakk dah lama meninggal. ayah nana nie asal sepri, n9. 2)MAK mak nana namanya kadariah din. mak nana nie tak berpelajaran tinggi, setakat sampai tingkatan 5 jerk, jadik mak tak kerja. semua kerja rumah, hantar nana dan jemput nana ke sekolah, semuanya tugas mak. beza umur mak ngan ayah 7 tahun. mak nie, kuat berleter... biasalah. pastue, kalau dia marah, memang bahasa dia kesat sangat sampaikan tak tahan nak dengarnya. sebab tuelah, ayah kata, jangan cari kemarahan mak, kalau tak... tanggung sendiri kalau dia sebut yang bukan². adik-beradik mak 5 orang jugak dan mak yang sulung. saudara mara belah mak lain sikit, tak macam belah ayah. tapi nana lebih suka belah mak sebab belah mak, nana ada seorang kakak saudara yang kamcing ngan nana. mak plakk, berasal dr rembau, n9. maknanya ayah ngan mak nana nie orang n9 cuma berlainan tempat jerk. atoq ngan nenek belah mak ada lagik. jadik sekarang nie kalau balik kampung, nana balik rembau lah . 3)ALONG anak yang sulung dalam keluarga nana ialah lelaki iaitu along. nama dia sharul azizi adnan. kat rumah, nana ngan angah panggil along nie balong(abang long). mak ngan ayah plakk kekadang panggil along nie aboy. biasalah, anak lelaki pertama. yang sebenarnya, sebelum along nie, ada sorang lagik tapi gugur. antara along dengan angah, nana lebih rapat dengan along. sebab tue lah nana selalu keluar berjalan dengan along. silap² orang memandang memang nampak macam pasangan kekasih plakk... ahaksxz. 2)ANGAH yang second plakk, angah. nama dia sharul anuar adnan. kat umah, mak ngan ayah panggil bangah(abang angah) tapi nana ngan along nakal... sesejer panggil angah devab/div(debab). angah nie pon study kat infomatics. angah nie pandai bidang komputer. CINTA hehehehe... bab nie yang paling diminati oleh remaja dan teman² sebaya dengan nana. ada pulak tue, sekolah rendah lagik dah pandai cinta² nie. bagi nana plakk... rasa² nya perkara nie tak lah salah, cuma jangan lah keterlaluan. kalau cinta tue boleh membawa kepada sesuatu yang elok, apa salahnya. ermm... apa orang putih sebut tue, couple. ha... couple! bab nie, nana tak leh tulis bebanyak, ye ah takut kot kot ada plak pihak pihak yang terasa. so... hanya ada dua benda yang nana nak katakan: A) jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah di tangan Allah. B) lelaki yang baek adalah untuk wanita yang baek, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat dan begitulah sebaliknya. MINAT/KECENDERUNGAN/HOBI nana sebenarnya berminat dalam bidang sastera atau pun bidang penulisan. nana pun minat pada lagu. tapi tak semua lagu lah. nana tengok pada alunan muzik dan liriknya. kalau bab penulisan nie, nana boleh menulis cerpen, sajak dan apa yang boleh ah. sebab tue lah, kalau ada kelapangan, nana selalu jugak lah menulis sajak atau pun cerpen. tapi sekarang nie lain sikit. nana sekarang nie lebih berminat menulis sajak, luahan perasaan dan lirik lagu. sekarang nie pun nana cuba aktif dalam bidang seni kat sekolah. AMBITION cita- cita nana senang ajer. apa yang penting sekarang nie, nana nak study bebetul, pastue masuk university. pastue, kalau ada rezeki nana nak ikut jejak ayah sambung belajar sampai ke negeri orang. jadik, impian nana tercapai dan mak ngan ayah nana pun gembira... barulah tercapai cita- cita nana yang sebenarnya.